Menggunakan strategi yang betul dan berkesan dapat membantu dalam memahami konsep matematik yang lebih bermakna. Pelbagai kaedah dan startegi yang telah diketengahkan oleh tokoh-tokoh matematik bertujuan untuk membina konsep matematik.
Artikel ini telah membincangkan bagaimana penggunaan beberapa strategi untuk menarik minat dan seterusnya mengembangkan konsep matematik kepada pelajar.
Strategi pembelajaran yang berbentuk konsep kendiri, belajar dari penceritaan dan permainan, pengalaman sedia ada dan pemahaman tentang persekitaran dapat membantu pelajar memahami konsep matematik secara lebih bermakna.
Antara strategi yang telah disarankan di dalam artikel ini adalah seperti :
1) penggunaan material untuk mendemonstarsikan perimeter bulatan, diameter dan jejari
2) dari pengalaman sedia ada
– sebagai ibubapa prinsip ini boleh membantu kanak-kanak merasa lebh rileks dan kompeten dengan kerja rumah matematik mereka. Sebagai guru pula prinsip ini boleh digunakan untuk mempersembahkan komsep dalam melebarkan lagi pemahaman kanak-kanak ini.
3) membuat mnemonics
- mnemonic ini adalah satu alatan untuk memperkukuhkan ingatan di mana ianya boleh menolong pelajar belajar dan mengingat kembali beberapa idea atau konsep yang berbeza. Sebagai contoh BODMAS (bracket of division, multiplication, addition and subtraction)
4) manipulasi tubuh badan
- contohnya untuk membantu pelajari mendekati konsep pelbagai saiz ukuran serta membuat perbandingan
5) penggunaan 2 batang pembaris
- teknik ini dapat membantu kanak-kanak ini mengingati fakta matematik dalam operasi penambahan. Bagi sesetangah murid, ianya lebih konkrit berbanding dengan penggunaan objek yang lain.
6) memahami corak
- operasi pendaraban adalah mengikut corak-corak yang tertentu. Adalah sangat berguna untuk menunjukkan kepada pelajar bahawa terdapat sesetengah corak yang mudah yang boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran dan pemahaman.
Dalam artikel ini juga membincangkan tentang strategi multisensory dan arahan multisensory yang berkaitan dengan visual, audio dan kinestatik. Kanak-kanak secara simulasinya mengaitkan apa yang mereka lihat dan dengar dengan apa yang mereka rasa. Murid akan memperolehi lebh banyak faedah dari aktiviti yang disertai secara aktif. Pembelajaran secara aktif mengembangkan pemahaman kanak-kanak ini seterusnya memperkukuhkan konsep matematik yang lebih bermakna. Teknik multisensory meningkatkan kesedaran yang aktif murid terutamanya yang mengalami cabaran pembelajaran.
Secara amnya, untuk pengajaran dan pembelajaran matematik bagi kanak-kanak bermasalah ini dalam memahami konsep matematik, kepelbagaian strategi adalah penting.
Sila klik di sini untuk Learning Outcome 5
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.