Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membesar dan mendidik kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini. Kebiasaannya konflik akan berlaku dalam sesebuah keluarga yang mempunyai anak bermasalah pembelajaran. Mereka ini biasanya tidak aktif seperti kanak-kanak lain. Ini sedikit sebanyak akan memberikan kesan terhadap perhubungan antara ibu dan bapa, adik-beradik dan juga kanak-kanak itu sendiri.
Ibubapa haruslah bersedia sepenuhnya dalam membantu kanak-kanak ini meneruskan kehidupan seharian dan juga perhubungan dengan masyarakat sekeliling. Ini kerana apa saja yang berlaku dalam sesebuah keluarga pasti akan memberi kesan terhadap anak-anak, begitu juga sebaliknya.
Artikel ini menerangkan mengenai kesan dalam sesebuah keluarga yang mempunyai kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Reaksi dan harapan ibubapa terhadap kanak-kanak ini haruslah setanding dengan kemampuan mereka.Galakan dan sokongan adalah sangat penting. Sebagai ibubapa, janganlah kita mengharapkan sesuatu di luar kemampuan mereka. Ibubapa juga haruslah berfikiran positif terhadap mereka. Seandainya mereka tidak mencapai kejayaan atau perkembangan seperti yang diharapkan, janganlah kita terus menghukum atau memarahi mereka. kita handaklah terus memberrikan kata-kata perangsang dan galakan untuk mereka terus berusaha dan berjaya. Jangan dipersalahkan sepenuhnya kanak-kanak ini diatas kegagalan mereka kerana mereka sebenarnya telah mencuba sedaya upaya mereka untuk menjadi seperti yang diharapkan.
Ibubapa hendaklah bersama-sama berkongsi tanggungjawab dalam mengurus anak-anak ini. Sudah menjadi perkara lazim kadang-kadang sebagai ibubapa, kita akan hilang pertimbangan dan kesabaran dalam mendidik mereka. namun seandainya situasi begini berlaku, sebelah pihak yang lain iaitu ibu atau bapa perlulah terus memberi galakan, kasih sayang dan kesabaran yang tinggi. Selain itu, peranan adik-beradik juga adalah penting. Anak-anak yang lain juga haruslah membantu ibu bapa mereka dan menjalinkan hubungan yang erat tanpa membanding beza antara satu sama lain. Jika tidak, kanak-kanak ini akan berasa tersisih dan seterusnya akan hilang semangat.
Walau apa pun, dalam menguruskan anak-anak bermasalah pembelajaran ini, perbincangan dan kerjasama antara ahli keluarga adalah amat penting dan merupakan kunci utama dalam mengekalkan keharmonian sesebuah keluarga dan juga bagi mengelakkan sebarang konflik yang boleh memecah belahkan keluarga.
Sila klik di sini untuk Learning Outcome 2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.