Sunday, March 21, 2010

Arahan bersesuaian bagi murid bermasalah pembelajaran dalam matematik (Learning Outcome 3)

Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran kebiasaannya sukar untuk menerima arahan yang kompleks. Bagi kanak-kanak ini, arahan-arahan am di dalam kelas semasa pembelajaran selalunya sukar untuk mereka fahami sepenuhnya. Ini adalah kerana keupayaan kognitif mereka yang lebih randah berbanding kanak-kanak normal. Oleh yang demikian, sebagai guru, arahan-arahan matematik semasa pembelajaran atau latihan hendaklah diubahsuai kepada bentuk yang lebih ringkas dan mudah difahami oleh kanak-kanak ini. Pengubahsuaian boleh dilakukan dalam plbagai bentuk sama ada menggunakan kertas graf dalam operasi penambahan atau penolakan. Bukan itu sahaja, pengubahsuaian arahan-arahan berdasarkan rancangan mengajar, teknik mengajar dan ubahsuai isi kandungan juga adalah perlu.

Bagi kebanyakan guru yang mempunyai masa yang terhad untuk menyediakan latihan atau bahan bantuan mengajar bagi murid-murid ini,bolehlah merujuk artikel ini kerana artikel ini menyediakan maklumat berkaitan bagaimana untuk mengubahsuai arahan-arahan matematik bagi menarik minat dan membolehkan kanak-kanak ini memahami dan mempelajari matematik dengan lebih berkesan. Artikel ini juga menyediakan teknik-teknik yang berkesan untuk arahan matematik yang efektif terutama dalam memberi arahan soalan, proses mengira dan juga kemahiran menyelesaikan masalah kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran dalam matematik.

Kesedaran terhadap konsep nombor terutama dalam kemahiran menambah dan menolak boleh dilakukan dengan mengajar murid-murid ini menggunakan latihan seperti permainan papan nombor atau menggunakan perisisan yang bersesuaian. Selain itu, kaedah manipulatif seperti penggunaan tray blok 100 juga adalah bersesuaian. Kemahiran mengira boleh dibina menggunakan kaedah mengingati dan menyelsaikan masalah. Dalam proses mengingat, guru boleh mengajak murid menggunakan permainan yang berterusan sebagai latihan, contohnya penggunaan dadu atau kad nombor. Begitu juga dalam penyelesaian masalah. Terdapat 10 langkah yang perlu diambil kira oleh guru (sila rujuk artikel).

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, murid ini perlulah dalam kelom[pok yang kecik. Nisbah guru kepada murid haruslah di antara lingkungan 1:5 kerana lebioh kecil saiz kumpulan, guru akan dapat memberikan tumpuan yang lebih terhadap murid tersebut. Contoh-contoh pembelajaran matematik jugaperlulah berkaitan dengan kehidupan harian mereka.

Secara kesimpulannya, kebolehan matematik bagi kanak-kanak bermalsah pembelajaran ini boleh dibina dengan jayanya jika terdapat kemudahan yang lengkap dan juga arahan-arahan pendidikan yang bersesuaian. Guru juga haruslah peka terhadap murid-murid ini selain menyediakan persekitaran yang selesa kepada mereka. Penggunaan kaedah manipulatif juga adalah penting dalam menggalakkan kanak-kanak ini lebih memahami matematik.

Sila klik di sini untuk Learning Outcome 3

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.