Friday, March 19, 2010

Apa itu Masalah Pembelajaran (Learning Outcome 1)

Setiap kanak-kanak yang dilahirkan mwarisi kecerdasan yang berbeza yang membolehkannya menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka. Proses perkembangan kanak-kanak memerlukan pembelajaran yang berterusan.Namun proses pembelajaran setiap kanak-kanak adalah berbeza. Tidak semua kanak-kanak dapat menerima dan menguasai pembelajaran seperti yang diharapkan. Terdapat golongan kanak-kanak yang tidak bernasib baik sehingga menghalang proses-proses pembelajaran berlaku dengan baik. Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Melalui artikel ini kita boleh mengenalpasti dan memahami apakah itu masalah pembelajaran. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang mempunyai masalah neurologikal sehingga boleh menjejaskan pemikiran dan pemahaman terhadap sesuatu proses pembelaajran. Mereka ini biasanya tidak boleh mengikuti masalah pembelajaran secara formal. Gangguan masalah pembelajaran yang dialami oleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan seperti kebolehan kognitif, tingkahlaku sosial, penguasaan bahasa lisan, penguasaan membaca, kemahiran perkembangan dan juga kemahiran matematik.

Perbezaan kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran boleh dilihat dari ciri-ciri fizikal dan juga inteleknya. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong guru-guru dalam mengenalpasti kanak-kanak ini adalah dengan melihat perkembangan kematangan yang diperlukan di sekolah.Kesediaan belajar dan keupayaan menerima kanak-kanak bermasalah adalah berbeza dengan kanak-kanak normal. Contohnya mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak berumur 6 tahun semasa mereka berusia 8 tahun. Selain itu, ciri-ciri sosial dan peribadi juga boleh dilihat. Kanak-kanak ini biasanya kurang tumpuan terhadap sesuatu. Kanak-kanak ini juga mudah kecewa apabila mengalami kegagalan berulang, tidak seperti yang diharapkan oleh orang disekeliling. Sikap dan nilai mereka juga berbeza dengan kanak-kanak normal. Minat mereka juga adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.

Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran ini perlu menerima pembelajaran yang selaras dengan keupayaan mereka. Kemahiran-kemahiran yang bersesuaian adalah penting dalam membantu perkembangan mereka. Oleh itu, satu program khusus perlu disediakan dengan mengambil kira aspek-aspek intelek, rohani,jasmani, emosi, masa, bahan , budaya, teknik mengajar, bantuan pakar dan penglibatan masyarakat. Ibubapa haruslah memberi sokongan yang kuat kepada kanak-kanak ini.

Secara keseluruhannya, adalah penting bagi kita memahami kanak-kanak ini dan membantu mereka menguasai kemahiran komunikasi, keyakinan diri, konsep kendiri yang positif, menguasai kemahiran motor, mengamalkan nilai-nilai murni dan juga mengembangkan potensi serta daya kreatif dan intelek.

Sila klik di sini untuk learning outcome 1

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.